Berita Hari Ini

PLUS Sedia Beri Kerjasama Siasat Kemalangan Di Bangi

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes kemalangan yang berlaku berhampiran persimpangan Southville City, Bangi di sini, petang semalam.

PLUS dalam kenyataan hari ini melahirkan rasa sedih dan kesal terhadap inisiden yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pengguna lebuh raya itu.

Menurut pengendali konsesi lebuh raya itu, syarikat juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan agresif dan membahayakan pengguna lebuh raya lain.

“PLUS menasihatkan agar pengguna lebuh raya yang terlibat di dalam kemalangan supaya segera menghubungi pihak polis atau melaporkannya di balai polis yang berdekatan,” menurut kenyataan itu, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");