Berita Hari Ini

PM: Paling Susah Jaga Sensitiviti Kaum

Menguruskan negara yang berbilang kaum merupakan perkara paling susah sebagai seorang perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menerima soalan daripada sekumpulan remaja pada video berjudul “Apabila Dr Mahathir ditanya mengenai merdeka.”

Remaja tersebut bertanya tugasnya yang paling sukar sebagai perdana menteri.

“Paling Susah,…. (senyum). Paling susah ialah kerana negara kita ini negara berbilang kaum.

“Kita perlu berhati-hati, apabila kita berkata sesuatu, kita tidak kena sensiviti kaum-kaum tertentu.

“Apa yang kita buat, apa yang kita kata tidak menyebabkan perasaan rasis,” katanya pada video terbaru yang terbit bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-62 itu.

Dalam video itu, perdana menteri kelihatan di kelilingi tujuh orang remaja dengan latar belakang taman tasik di Putrajaya sambil memberi pesan mengenai hari kemerdekaan.

“Bila kita merdeka kita boleh tentukan nasib kita sendiri, kita yang mentadbir, kita yang berusaha untuk memajukan negara kita.

“Kita boleh pilih kerajaan kita, itu amat berbeza dengan masa penjajah yang mana kita tidak suara sama sekali dalam pemerintahan negara.

“Semuanya ditentukan oleh penjajah dan mereka berusaha untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan kita,” katanya.

Menjawab soalan sekiranya Malaysia benar-benar merdeka, perdana menteri memberitahu remaja berkenaan:

“Kita betul-betul merdeka. Tapi di zaman sekarang ini kita terpengaruh dengan informasi yang kita dapat.

“Jadi pengaruh asing itu memang adalah”

Video itu juga memaparlan Mahathir selepas bergambar dengan remaja tersebut berjalan meninggalkan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");