Berita Hari Ini

Polis Buru Individu Cederakan Polis Ketika Rusuhan Kuil

SHAH ALAM: Polis memburu dua lelaki dipercayai mencederakan anggota polis ketika pergaduhan antara dua kumpulan di kuil di Bestari Jaya, Kuala Selangor, awal bulan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kedua-dua individu yang diburu itu beralamat di Batang Berjuntai.

“Dua individu berkenaan, V Wilbert, 41, beralamat terakhir di Jalan 1 Taman Sentosa, Batang Berjuntai, Selangor manakala seorang lagi, S Sureskumar, 39, beralamat di Artisan Quarters Tennamaran Oil Mill Batang Berjuntai, Selangor.

“Mereka juga dipercayai melepaskan tembakan semasa pergaduhan berkenaan.

“Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat mengenai dua individu ini boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Huzir berkata anggota berumur 34 tahun dari Balai Polis Bestari Jaya itu cedera di belakang tapak tangan kiri dan menerima tujuh jahitan manakala seorang awam yang putus sebahagian tapak tangan kiri dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, siasatan mendapati rusuhan berlaku apabila perarakan pedati berhias yang bermula dari sebuah kuil di sekitar daerah itu menuju ke Rawang, berhenti di Sungai Darah.

“Rusuhan membabitkan 15 ahli Geng 21 yang menguasai kawasan sekitar Sungai Darah dan 15 ahli Geng 08 serta 36 dari luar daerah itu.

“Pergaduhan berkenaan berlaku berikutan rasa tidak puas hati antara kumpulan kongsi gelap Geng 21, Geng 08 dan Geng 36 kerana khemah mereka dipasang bertentangan semasa upacara itu,” katanya.

Beliau berkata ahli kumpulan kongsi gelap itu juga memberi amaran kepada anggotanya sebelum pergaduhan itu berlaku.

“Sehingga kini, polis menahan 33 orang berumur 18 hingga 54 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 kanun sama kerana mengakibatkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");