Berita Hari Ini

Polis Buru Saki-baki ‘Geng Emi Keju’

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dipercayai saki-baki anggota Geng Emi Keju sedang diburu polis selepas disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 54 kes samun bersenjata di sekitar Lembah Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata usaha mengesan saki baki anggota kumpulan itu sedang dijalankan dan mereka dipercayai sedang bersembunyi.

“Mereka yang diburu ialah Mohd Fairus Hassan atau dikenali Lit atau Panjang, 32; Mohd Aidee Fatehah Md Akhir atau Fatesh,32; Doddy Eddy atau Alan, 22, dan Muhammad Arif Amran atau Capang, 22.

“Keempat-empat suspek ini terbabit dalam jenayah terancang di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak sejak enam tahun lalu, termasuk mengancam nyawa mangsa mereka jika enggan menurut arahan mereja,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat individu terbabit untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 17 Ogos lalu, 19 anggota kumpulan itu, termasuk ketuanya, Emi Keju, 32, yang berjaya ditahan sudahpun didakwa atas pertuduhan mengganggotai dan membantu kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang.

Ketika Emi Keju dan rakan jenayahnya berusia antara 21 hingga 38 tahun dihadapkan ke mahkamah, mereka masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bagaimanapun dalam prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Geng Emi Keju adalah kumpulan penjenayah paling dikehendaki selepas disyaki melakukan 54 kes samun bersenjata membabitkan kerugian lebih RM4 juta sejak 2013.

Antaranya, melarikan wang tunai dari van keselamatan di Stesen PETRONAS Bukit Antarabangsa, menyamun pelanggan dan pekerja sebuah restoran di Hulu Kelang serta melakukan samun berkumpulan ke atas penduduk di beberapa kawasan kediaman di Bandar Kinrara, Klang dan Puchong dengan menaiki motosikal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");