Perak Hari Ini

PVATM Perak Tidak Terima Permohonan Maaf Yew Yin

IPOH- Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Perak berasa terhina dan mengangap kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan, Koon Yew Yin sebagai sangat biadap.

Yang Dipertuanya, Leftenan Kolonel Aminuddin Ab Karim berkata tindakan Yew Yin seolah-olah tidak menghormati bekas-bekas pejuang kemerdekaan diatas pengorbanan mereka selama ini serta anggota tentera yang sedang berkhidmat.

“Sebagai bekas anggota tentera, kami berasa kecewa dengan tindakan Yew Yin kerana menyamakan niai anggota tentera dengan pekerja asing yang mana dilihat sangat tidak berperikemanusiaan.

”Beliau turut memperlekeh tugas anggota tentera dengan mengatakan bahawa mereka hanya makan dan tidur, majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran dan sepatutnya mereka digunakan bagi mengganti pekerja asing yang diupah di ladang Felda,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat PVATM, Bangunan Wisma Pahlawan Negeri Perak, di sini, hari ini.

Tegas Aminuddin, pihaknya masih belum menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Yew Yin kerana kenyataan yang dikeluarkan terlalu serius dan memberi kesan yang besar kepada anggota-anggota Veteran dan rakyat keseluruhannya.

“Beliau sepatutnya diberi hukuman yang lebih berat supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain kerana kenyataan beliau telah menyinggung perasaan serta kredibiliti petugas keselamatan,” katanya.

Katanya lagi, sebagai seorang pelabur terkenal di negara ini, Yew Yin sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana dapat melabur di negara yang aman dan damai sehingga beliau dapat membina kekayaan dengan selamat.

“Kenyataan Yew Yin jelas sekali menunjukkan bahawa beliau tidak memahami peranan ATM yang ada di negara ini kerana perkara ini menjadi kerahsiaan kerajaan mengenai kekuatan tentera dan tidak akan dimaklumkan kepada umum.

“Beliau sepatutnya merujuk dahulu dari institusi yang berwajib sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tuduhan seperti ini adalah sangat tidak berasas,” katanya.

Namun begitu katanya, pengasas Gamuda Berhad itu sebenarnya mengetahui peranan dan tugas anggota tentera tetap sengaja mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana terdapat agenda tertentu untuk disampaikan.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, selain bersiap siaga terhadap sebarang ancaman keselamatan, anggota tentera mempunyai peranan kedua terhadap negara termasuklah membantu orang awam ketika bencana.

Terdahulu, sebanyak 44 buah cawangan PVATM telah membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut secara berperingkat-peringkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");