Membawang Hari Ini

Raja Ahmad Alauddin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan drama, Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed Redzuan, 62, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, difahamkan, kematian Allahyarham disedari selepas beliau tidak muncul di tingkat bawah kediamannya untuk diambil pemandu yang sepatutnya membawa arwah ke lokasi penggambaran drama rantaian, Pesan Pada Hati di Sungai Long, Kajang, pagi tadi.

Selepas ketukan di pintu rumah tidak berjawab, kakitangan syarikat produksi, Pena Creative Pictures difahamkan mengambil keputusan membuat laporan polis.

Sebaik pihak berkuasa dan bomba berjaya memasuki rumah, Allahyarham dikatakan berbaring di katil, namun sudah tidak lagi bernafas.

Sementara itu, pelakon, Shukri Yahaya berkata, dia tidak menyangka ucapan salam daripada Allahyarham sebaik selesai tugasan di lokasi drama rantaian, Pesan Pada Hati, malam tadi, adalah yang terakhir buat dirinya.

“Sebenarnya, ini kali pertama saya bekerja di bawah arahan Abang Raja. Sejak tiga minggu lalu, sudah menjadi rutin saya bersalam dengannya ketika tiba di set dan sebelum pulang.

“Babak saya selesai kira-kira jam 7 malam. Saya sempat meminta diri dan bersalam dengan arwah. Macam biasa, dia akan sambut salam sambil tersenyum.

“Pagi tadi, kami seperti biasa sudah berada di lokasi sebelum jam 8 pagi. Pelik apabila arwah belum sampai kerana setiap hari, dia antara individu pertama sampai.

“Lebih sejam kemudian, barulah kami dimaklumkan Abang Raja sudah tiada. Tak sangka, malam tadi menjadi salam terakhir kami. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Ahmad Alauddin yang juga pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pernah dinobatkan Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia 9 (FFM9) melalui filem Hati Bukan Kristal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");