Perak Hari Ini

Raja Muda Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat Hari Kebangsaan Peringkat Negeri

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Ketibaan Baginda sekitar jam 12:45 tengah hari di perkarangan masjid, disambut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta barisan Exco Kerajaan Negeri yang lain.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Aminuddin Zulkipli; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Bacaan Yassin dan tahlil yang diketuai Imam Besar masjid berkenaan, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan, itu bermula sekitar jam 12.55 tengah hari.

 

Ia juga turut dihadiri 1,500 para jemaah yang terdiri daripada pegawai dan anggota unit beruniform, kakitangan jabatan kerajaan serta orang ramai.

Usai majlis bacaan Yasin dan tahlil, Baginda kemudian berkenan berangkat mendengar khutbah bertajuk ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’ dan seterusnya menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Syed Mohd Muzaffar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");