Perak Hari Ini

Rakam Karya Seni Pelukis Cilik Di 22 Hale Street

IPOH- Ipoh Fines Art Class buat julung kalinya bakal mengadakan sebuah pemeran dengan mengetengahkan karya seni dari para pelajarnya yang akan diadakan pada 14 dan 15 September 2019 ini bertempat di 22 Hale Street.

Dengan bertemakan ‘From The Art Room’, pameran tersebut akan menonjolkan lebih 40 buah karya daripada lebih 20 orang pelukis yang berusia seawal tujuh hingga 70 tahun dari pelbagai latar belakang.

Guru Seninya, Abdul Kareem Jaafar Azzuddin berkata, pameran tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajarnya disamping untuk mendapatkan dana dimana hasil jualan akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.

“Acara ini juga dianjurkan dengan tujuan untuk mempromosikan seni dalam kalangan komuniti selain membantu mereka yang kurang bernasib baik dimana sebahagian keuntungan hasil jualan akan disumbangkan untuk membeli bahan-bahan pendidikan seperti buku dan peralatan menulis kepada kanak-kanak,” katanya dalam satu sidang media di Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) di sini, hari ini.

Katanya, karya yang dihasilkan tersebut menggunakan bahan-bahan dari pelbagai elemen seperti penggunaan cat minyak, cat air, pensil, pensil warna, pen dan pastel.

“Karya yang akan dipamerkan melibatkan subjek-subjek yang luas termasuk ‘still life’, lanskap, figura haiwan serta figura manusia.

“Orang ramai boleh melihat sendiri bagaimana kanak-kanak seawal usia 10 tahun dapat menghasilkan figura haiwan iaitu burung kakak tua dengan menggunakan warna air sahaja dan pada hari tersebut mereka juga akan memperkenalkan hasil karya yang dihasilkan,” katanya.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengrah PORT, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Khairuddin.

Menurut Abdul Kareem, sesebuah pameran merupakan detik yang paling berharga di dalam kehidupan setiap pelukis dan turut berharap agar para pelajarnya akan mengenang detik-detik bermakna tersebut.

“Bagi saya sesiapa sahaja boleh mengahasilkan karya seni walaupun hakikatnya ramai percaya bahawa hanya segelintir orang yang istimewa dan berbakat sahaja yang boleh melakar dan melukis.

“Pelajar saya adalah bukti kepada seni itu mampu menjadikan seseorang itu mempuyai bakat kerana para pelajar saya dahulunya hanya mempunyai pengalaman dan pendadahan yang sedikit, namun mampu menjadi seorang pelukis dengan cara mereka yang tersendiri,” katanya.

Pameran julung kali tersebut dijalankan dengan kerjasama dari 22 Hale Street dan PORT Ipoh dimana tiada kadar bayaran dikenakan kepada pengunjung malahan terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada yang meminati seni halus atau pun tidak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");