Berita Hari Ini

Rakyat Malaysia Perlu ‘Gempur’ Kumpulan Pelampau – Dr Asri

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia perlu ‘menggempur’ kumpulan pelampau yang membantah pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4, kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Beliau mendakwa, kumpulan pelampau seperti ini sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subversif dalam negara.

Mohd Asri berkata, mereka hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terrorisme.

“Masyarakat Malaysia hendaklah digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau ini sehingga mereka pulih atau keluar meninggalkan negara ini,” tulisnya dalam hantaran di Facebooknya hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam yang melabelkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis kerana membantah keras pelaksanaan tulisan khat dan Jawi itu.

Dr Mahathir berkata, sebelum ini pertubuhan itu pernah membantah penubuhan sekolah wawasan yang menghimpunkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dalam satu kawasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");