Perak Hari Ini
Like

Rogol Amah: Exco Perak Dihadap Ke Mahkamah Esok

August 22, 2019
239 Views
0 Comments
1 minute read
Rogol Amah: Exco Perak Dihadap Ke Mahkamah Esok

IPOH: : Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia dijangka didakwa di mahkamah di sini, esok (Jumaat).

Menurut sumber, ketika ini pihak pendakwaan sedang membuat urusan untuk mendaftarkan kes tersebut di mahkamah, lapor Astro Awani

Pada Isnin, Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Hussain mengesahkan bahawa polis telah menyerahkan semula kertas siasatan berhubung kes seorang Exco Perak yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kertas siasatan itu diserahkan pada Jumaat lepas.

Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong, di rumah majikannya itu, di Meru.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Komen & Pendapat

Comments are closed.