Sukan Hari Ini

Ronaldo Akui Messi Jadikannya Pemain Lebih Baik

Cristiano Ronaldo mengakui persaingan dengan “musuh” lamanya, Lionel Messi menjadikan dia pemain lebih baik dan menikmati perseteruan sihat dengan bintang Argentina itu.

Bagaimanapun, pengaruh Ronaldo di Real Madrid yang dibayangi karisma Messi di Barcelona sebelum meninggalkan Juventus turut mengakui mereka tidak pernah bersosial bersama.

“Saya benar-benar mengagumi Messi dan dia pernah berkata dia sedih apabila saya meninggalkan Sepanyol kerana dia amat menghargai persaingan antara kami.

“Ia persaingan sangat bagus tetapi tidaklah unik — Michael Jordan mempunyai pesaing dalam bola keranjang selain Ayrton Senna dan Alain Prost di Formula 1. Mereka memiliki persamaan iaitu persaingan sihat,” kata Ronaldo kepada TVI di Portugal.

Ronaldo dan Messi masing-masing memenangi Ballon d’Or 5 kali, faktor yang membantu kemajuan karier mereka berdua memetik laporan FMT.

“Saya tanpa ragu-ragu akui Messi menjadikan saya pemain lebih baik dan begitu juga sebaliknya. Apabila saya menang trofi, ia seperti satu sengatan kepada dia, begitu juga apabila dia menang trofi.

“Kami mempunyai hubungan profesional yang cemerlang kerana berkongsi memori sama selama 15 tahun. Kami tidak pernah makan bersama tetapi saya berharap dapat menikmatinya pada masa hadapan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");