Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Akan Bercuti, Saya Bukan Penjenayah’ – Paul Yong

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong bertegas tidak akan bercuti walaupun sedang menghadapi dakwaan di mahkamah berhubung tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Menurutnya, tidak ada sebab mengapa dia perlu mengambil cuti kerana menyifatkan dirinya bukan penjenayah.

Katanya dia akan terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri walaupun dinasihatkan bercuti oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Mesti (teruskan tugas) sebab saya tak buat apa-apa, saya tadi sudah kata, setakat ini saya bukan mangsa, maaf, saya bukan penjenayah.

“Sesiapapun sebelum dijatuhkan hukuman di mahkamah, belum lagi dijadikan pesalah, belum lagi. Bagi saya, saya masih lagi exco Kerajaan Negeri, saya percaya layak, saya mewakili rakyat…bagi saya, saya masih belum dijatuhkan hukuman.

“Mesti, rakyat yang bagikan mandat, saya kena berikan perkhidmatan saya kepada rakyat, mengapa saya mahu berhenti, apa sebab saya mau cuti,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat selepas didakwa atas tuduhan merogol pembantu rumah warga indonesia, bulan lalu.

Terdahulu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini bagi pengurusan kes.

Pada Khamis, Ahmad faizal menasihatkan agar Choo Kiong bercuti daripada tugas rasmi termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan sehingga proses perbicaraan selesai memetik laporan Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");