Sukan Hari Ini

Seladang Waspada Ancaman Badak

IPOH: Perak mengambil sikap waspada apabila menerima kunjungan Sabah dalam perlawanan pertama misi mempertahankan Piala Malaysia di Stadium Perak malam esok.

Biarpun pernah memalukan pasukan Tambadau dengan jaringan lima gol tanpa balas pada perlawanan separuh akhir pertama musim lalu, ia bukan alasan untuk The Bos Gaurus (TBG) memandang rendah keupayaan pasukan itu.

Ketua pasukan, Shahrul Saad, berkata keupayaan Sabah yang baru menjuarai Liga Perdana jelas jauh berbeza dengan musim lalu.

Malah katanya, kemampuan Sabah kembali ke Liga Super musim depan tidak boleh dipandang remeh dan pasukan itu juga sebagaimana pasukan lain, memiliki keazaman untuk beraksi di final Piala Malaysia.

Justeru, beliau menjangka saingan sengit bakal ditonjolkan Sabah yang mendapat suntikan semangat baharu selaku sang juara.

“Bagi Perak, aksi pertama dalam saingan Piala Malaysia ini adalah pertarungan penting untuk kembali menyuntik semangat dan motivasi pemain agar dapat kembali bangkit daripada kekalahan dalam final Piala FA tempoh hari,” katanya.

Beliau berkata, Perak yang memenangi Piala Malaysia sebanyak lapan kali dan menjadi antara pasukan pilihan musim ini, harus membuktikan ia bukan sekadar tanggapan semata-mata dengan memastikan tidak tercicir mata malam esok.

Mengenai kritikan peminat TBG terhadap sentuhan penyudah agak tumpul musim ini, Shahrul berkata, dalam tempoh beberapa hari lalu mereka sepasukan sudah melakukan penilaian semula terhadap corak permainan pasukan terutama ketika tumpas 0-1 di tangan Kedah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");