Perak Hari Ini

Siasatan Insiden Kemalangan Ambulans Masih Berjalan

IPOH – Siasatan berhubung kemalangan ambulans yang mengorbankan dua nyawa di Slim River pada Ogos lalu masih lagi dijalankan.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata laporan kejadian berkenaan telah pun dihantar dan sebarang keputusan siasatan akan dimuktamadkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM)

“Di pihak negeri, kita telah kemukakan semua laporan berkaitan insiden itu kepada pihak KKM dan sudah pasti proses siasatan akan dijalankan bukan hanya pada satu aspek, tetapi melibatkan beberapa aspek lain.

“Mana-mana kemalangan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Setakat ini kita belum mengetahui lanjut dan ia sedang dikaji dengan mendalam.

“Jadi kita tunggu laporan penuh kementerian untuk berikan apa-apa penemuan dalam siasatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Lay Ming menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut termasuk mengaitkannya dengan penyelenggaraan kenderaan.

Menurutnya, mana-mana pemeriksaan kenderaan jabatan kesihatan telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita tidak sepatutnya membuat andaian sendiri, lebih baik kita tunggu laporan penuh siap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Forensik Psikiatri kali kedua di Dewan Seri Perak, Institut Latihan Kesihatan Malaysia, Tanjung Rambutan, di sini hari ini.

Dalam kejadian di Kilometer 368.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan itu, pemandu ambulans, Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37, dan pesakit Azizah Dolah, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Laporan awal menyebut bahawa nahas berkenaan dipercayai berpunca daripada tayar belakang sebelah kanan yang pecah sebelum ia hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");