Membawang Hari Ini

Siti Nurhaliza Jamu PM, Isteri Di Kediaman Sempena Ulangathun Perkahwinan

Bukan calang-calang majlis yang dianjurkan Datuk Siti Nurhaliza dan suami semalam apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah menjadi tetamu utama bagi meraikan ulangtahun perkahwinan dan hari jadi pasangan itu di kediaman miliknya semalam.

Menerusi Instagram, Siti meluahkan rasa terharunya dengan kesudian Tun M dan Tun Siti Hasmah menghadiri kediamannya di Kuala Lumpur. Malah kediaman Siti juga dihias indah oleh pereka tempatan sempena sambutan berkenaan.

Dalam majlis indah itu, Siti dilihat menghadiahkan Tun M hadiah istimewa serta mengalunkan beberapa buah lagu buat tetamu yang hadir. Manakala, Tun Siti Hasmah pula mempersembahkan bakatnya menggesek biola pada majlis itu.

Bertuah sekali penyanyi nombor satu kita dapat bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia. Bukan senang dua tokoh berpengaruh Malaysia berada dalam satu gambar. Apapun selamat ulangtahun perkahwinan buat PM kita! (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");