Berita Hari Ini

Status ‘Dara’ Diganti Dengan ‘Tidak Berkahwin’ -Mahkamah Bangladesh

DHAKA: Mahkamah Tinggi Bangladesh mengarahkan perkataan ‘dara’ dalam sijil perkahwinan pasangan Islam digantikan dengan ‘tidak berkahwin’, keputusan bersejarah selepas jurukempen mencabar terma ‘memalukan dan mendiskriminasi’ itu.

Mengikut undang-undang perkahwinan Islam negara Asia Selatan itu, pengantin wanita perlu memilih satu daripada tiga pilihan dalam sijil berkenaan sama ada dirinya seorang Kumari (dara), balu atau janda.

Dalam keputusan ringkas Ahad lalu, mahkamah berkenaan mengarahkan kerajaan mengeluarkan terma itu dan menggantikannya dengan perkataan ‘tidak berkahwin,’ kata Timbalan Peguam Negara, Amit Talukder.

Mahkamah dijangka menerbitkan keputusan penuh menjelang Oktober dengan perubahan kepada sijil perkahwinan dijangka berkuat kuasa selepas itu.

“Ia adalah satu keputusan bersejarah,” kata Aynun Nahar Siddiqua, seorang peguam kumpulan yang memfailkan kes mencabar terma berkenaan pada 2014 kepada AFP semalam, lapir BH Online.

Kumpulan hak asasi sekian lama mengkritik terma itu, digunakan dalam sijil perkahwinan sejak diperkenalkan pada 1961, mengatakan ia ‘memalukan dan mendiskriminasi’ serta melanggar privasi wanita yang berkahwin.

Penghakiman juga mengarahkan pihak berkuasa memperkenalkan pilihan ‘tidak berkahwin, balu atau duda’ untuk pengantin lelaki pada sijil.

Bangladesh adalah negara majoriti Islam ketiga terbesar dunia dan hampir 90 peratus daripada 168 juta penduduknya beragama Islam. -AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");