Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Menyaksikan Pertandingan Akhir Pidato Diraja

IPOH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat bagi menyaksikan pertandingan akhir pidato piala diraja yang mempertandingkan dua kategori pada malam tadi.

Program Tahunan Menyemai Semangat “Kesetiaan Kepada Raja” kali ini mempertandingkan sebanyak lima kategori iaitu pidato diraja, menulis esei, mencipta puisi (sajak), melukis karikatur dan melukis poster.

Turut sama berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Sim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Kategori yang dipertandingan adalah pidato kategori sekolah menengah atas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri.

Johan bagi kategori Bahasa Melayu disandang oleh Puteri Nur Irwani Husna Amin dari SMK Batu 4, Gerik, diikuti pemenang tempat kedua iaitu Muhammad Irfab Hamzah dari SMK Proton City, Muallim dan Irfan Haziq Amerul Hamzam yang menyandang tempat ketiga dari STAR, Ipoh.

Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, Johan disandang oleh Daksheshkaran Thinakaran dari SMK Methodist (ACS), Ipoh; tempat kedua disandang oleh Haymarubiny Baranjothy dari SMK Convent, Taiping dan Senturran Elangovan tenpat ketiga dari SMK Horley Methodist, Teluk Intan.

Acara-acara berkenaan dipertandingkan bagi memupuk dan menyemai semangat ‘Kesetiaan Kepada Raja’ yang merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Prinsip tersebut menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada dalam sanubari terhadap Raja, begitu juga kesetiaan kepada negara.

Setiap kategori yang dipertandingkan juga menyediakan hadiah yang sangat lumayan iaitu wang tunai bernilai RM750 bagi hadiam utama, diikuti RM600 bagi hadiah kedua dan RM500 bagi hadiah tempat ketiga.

Statistik penyertaan pertandingan pidato peringkat diraja pada kali ini menunjukkan peningkatan dari jumlah 11,377 pada tahun kepada 30,835 orang tahun ini yang terdiri dari 12 daerah di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");