Perak Hari Ini

Sultan Perak Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Sultan Azlan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira lebih 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Musa Mahadi, di sini, pagi ini.

Baginda yang tiba di masjid itu pada jam 8.36 pagi disambut Exco Kerajaan Negeri, yang antaranya Asmuni Awi serta Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadat Haji.

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said serta Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin

Turut menunaikan solat di masjid berkenaan ialah Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah; Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzzaffar Shah dan dan Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

Solat sunat berkenaan diimamkan oleh Imam Utama, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat sekitar jam 9.20 pagi, Sultan Nazrin meluangkan masa bersalaman dengan jemaah lain sebelum berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha bersama kerabat diraja dan orang kenamaan di Istana Cempaka Sari, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");