Berita Hari Ini

Syarikat Ambil Alih NFC Akan Diumum Segera

JOHOR BAHRU: Syarikat tempatan yang bakal mengambil alih Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata, ia berikutan syarikat berkenaan bersetuju dengan syarat utama iaitu membayar pinjaman kerajaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Katanya, proses pengambilalihan NFC itu juga akan diselesaikan segera bagi membolehkan industri ruminan negara dibangunkan secara lebih terancang dan bersepadu.

“Kementerian juga sudah mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit (syarikat berminat ambil alih NFC) sebanyak enam kali dan hasilnya amat positif.

“Syarikat berkenaan juga bersetuju membayar pinjaman yang diberikan kepada NFC sebelum ini kepada kerajaan berjumlah RM250 juta yang menjadi syarat utama sekiranya mana-mana syarikat mahu mengambil alih projek berkenaan.

“Kementerian akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan dan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memperincikan semuanya termasuk dari segi perundangan sebelum memuktamadkan segala-galanya.

“Sebaik ia dimuktamadkan, kita akan umumkan syarikat yang mengambil alih NFC kepada umum sedikit masa lagi, ” katanya

selepas program ibadah korban di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, di sini, hari ini.

April lalu, BH melaporkan sebuah syarikat tempatan berminat mengambil alih NFC yang pernah dilanda kontroversi bagi membangunkan semula projek ternakan lembu yang gagal ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Salahuddin Ayub dipetik berkata, bagaimanapun NFC hanya boleh dijual sekiranya syarikat yang mahu mengambil alih projek itu bersetuju membayar pinjaman diberikan kepada NFC sebelum ini kepada kerajaan berjumlah RM250 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");