Berita Hari Ini

Syed Saddiq Aggap Kumpulan Sekat Bodoh Sombong

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menganggap kumpulan yang mengugut untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana membantah pembelajaran Jawi sebagai sikap “bodoh sombong”.

Merujuk kepada laporan portal berita TMI, anggota parlimen Muar itu berkata pembelajaran Jawi tersebut kini sudah bersifat pilihan dan tidak dimasukkan dalam peperiksaan.

“Kamu tidak boleh lebih bodoh sombong daripada ini,” ciapnya di Twitter semalam.

Terdahulu sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pasukan Bertindak Seni Khat (Sekat) yang menuntut agar kerajaan mengadakan dialog dengan mereka berhubung cadangan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Jika gagal kata Sekat mereka akan meyakinkan ibu bapa terbabit agar berhenti menghantar anak masing-masing ke sekolah sebagai tanda protes.

“Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah,” kata Setiausaha Sekat, Arun Dorasamy seperti dipetik TMI.

Ciapan Syed Saddiq itu diulang hampir 16,500 kali dan disuaki lebih 10,000 kali setakat pagi ini.

Bagaimanapun sesetengah pengguna Twitter mengkritik menteri terbabit dan menganggap kenyataan tersebut tidak sesuai dengan kedudukan Syed Saddiq sebagai menteri.

“Mereka (kumpulan Sekat) jelas sudah dimanipulasi oleh… pihak tertentu. Ramai orang India sudah mengecam kenyataan mereka,” kata @Thevesh.

Menjawab ciapan itu Syed Saddiq berkata ketika kerajaan mengadakan sesi libat urus dan menjelaskan isu tersebut selama sebulan, ada pihak menjadikan bidang pendidikan sebagai bahan tebusan serta tawar-menawar.

“Kalau itu bukan angkuy, saya tak tahu apa lagi (nak dikata).

“Pendidikan anak-anak bukan untuk tujuan tawar-menawar,” katanya yang juga ketua Pemuda Bersatu.

Sekat ialah sebuah kumpulan pendesak yang mendakwa mendapat sokongan sebanyak 24 pertubuhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");