Berita Hari Ini

Tak Akan Tunduk Isu Dr Zakir Naik – Muhyiddin

GOMBAK: Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang mahu penceramah bebas, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan kerajaan kerajaan terhadap Zakir dibuat berlandaskan lunas undang-undang selepas siasatan lengkap dijalankan polis.

Beliau berkata, keputusan untuk tidak menghantar pulang Zakir tidak bermakna kerajaan menyokong tindakan yang dibuat penceramah itu kerana beliau perlu sedar ada keterbatasan undang-undang yang perlu dipatuhi di negara ini.

Menurutnya, siasatan polis masih berjalan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Kerajaan hormat beliau sebagai agamawan, namun masih ada had yang perlu dipatuhi. Jika sentuh hal yang menyebabkan ketidakstabilan maka polis akan siasat.

“Jadi sebelum keputusan dibuat, polis akan kemukakan fakta selepas siasatan lengkap dijalankan kerana kita tidak terikat dengan mana-mana pihak (yang mahu Zakir dihantar pulang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Simposium Nilai Agama Dalam Mencegah dan Menangani Keganasan Ekstremisme di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, hari ini.

Turut hadir Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, tiada keperluan Malaysia untuk memberi respons kepada permintaan India yang mahu mengekstradisi Zakir ke negara berkenaan.

“Soal ekstradisi kita ada peraturan tertentu dan akan dapatkan pandangan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk dijadikan panduan (kewajaran untuk ekstradisi).

“Jika tidak ada kewajaran, kita tidak perlu respons,” katanya.

Dalam ceramahnya di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu, Zakir dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di negara ini sehingga mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");