Berita Hari Ini
Like

Tak Habis-Habis Isu Peralihan Kuasa, Sampai Orang Luar Tanya Saya Apa Akan Jadi

August 7, 2019
308 Views
0 Comments
3 minutes read
Tak Habis-Habis Isu Peralihan Kuasa, Sampai Orang Luar Tanya Saya Apa Akan Jadi

PUTRAJAYA – Veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak segelintir pihak yang masih lagi membangkitkan tentang isu tempoh peralihan jawatan perdana menteri.

Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, isu peralihan yang tidak habis diperkatakan hanya membuatkan senario politik dan ekonomi berada dalam keadaan tidak menentu.

Namun beliau enggan mengulas sama ada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad patut meneruskan tugasnya sehingga habis penggal.

“Saya hanya mengambil berat tentang kesejahteraan negara, kalau kita campur isu lain (hal peribadi), kita lari dari tujuan asal membangunkan negara untuk bergerak ke depan dan baharu sahaja keluar daripada masalah besar dari segi sistem dan imej negara.

“Adalah penting kerajaan tidak diganggu. Saya sudah cakap saya tidak cerita pasal itu (Mahathir pegang habis tempoh), buatlah apa yang patut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Wacana Perdana Siri 21 bertajuk Team Factors Impending Malaysia Economic Progresss And How To Overcome Them di Yayasan kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, dalam ucaptamanya, Rafidah meminta semua pihak berhenti bercakap tentang isu peralihan kuasa pada masa ini.

“Berhenti bercakap tentang peralihan kuasa ini kerana orang luar, pelabur dan ahli perniagaan berpotensi pun jadi tidak pasti ke mana kerajaan hendak tuju. Kenapa ini?Kita kena ingat kehidupan kita di tangan Tuhan.

“Jangan cakap lagi tempoh dua atau tiga tahun sebaliknya teruskan bekerja dan kerana polisi tidak boleh dilaksana dalam tempoh dua atau tiga tahun tapi berterusan untuk generasi akan datang.

“Siapa kita hendak tanya siapa yang ambil jawatan tapi serah sahaja kepada yang Berkuasa. Jangan lupa Tuhan kerana Dia yang menentukan.

“Bukan kerja kita untuk tentu berapa lama tempoh itu? Kita hanya mahu negara yang ditadbir dan berhenti cakap tentang peralihan kuasa.

“Dr Mahathir (Perdana Menteri) pernah cakap beliau tidak akan memegang jawatan sampai umur 100 tahun, kita pun tidak mahu beliau sampai umur itu, cuma jangan cakap tentang isu itu lagi. Teruskan bekerja sahaja,” katanya.

Bekas Ketua Wanita UMNO itu secara sinis berkata, sepatutnya pihak yang gemar membangkitkan isu peralihan kuasa perlu bertanya bilakah manusia akan meninggal dunia.

“Tanya bilakah awak akan meninggal dunia? Habis cerita. Kalau awak tahu bila hendak meninggal dunia, tak payah saya berdiri di sini hari ini.

“Isu peralihan kuasa ini kini dikenalpasti sebagai punca senario tidak menentu untuk semua orang. Sampai orang luar tanya saya, apa akan jadi,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Comments are closed.