Berita Hari Ini

‘Tersentuh Dengan Layanan Baik Rakyat Malaysia’

SHAH ALAM : Kebaikan rakyat tempatan yang memberi layanan seperti saudara sendiri merupakan antara sebab pensyarah dari Indonesia, Prof Madya Dr Setyawan Widyarto jatuh cinta dengan negara ini.

Lebih menarik, Setyawan terpikat dengan Malaysia sebelum beliau datang ke negara ini lagi.

“Ketika itu saya di United Kingdom menyambung pengajian peringkat sarjana. Di sana, isteri telah melahirkan anak kedua kami.

“Apa yang buat saya rasa tersentuh apabila rakan-rakan dari Malaysia bergilir-gilir memasak untuk keluarga kami. Walaupun saya belum tinggal di Malaysia, saya sudah rasa tersentuh dengan kebaikan rakyatnya,” katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-122 bertajuk ‘Malaysia Dari Kaca Mata Mereka’ yang berlangsung hari ini.

Menurut Setyawan, selepas itu dia pulang ke Indonesia sebelum dihubungi rakan dari Malaysia yang menawarkannya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Saya tidak fikir panjang untuk terima tawaran itu. Sejak itu saya terus menetap di Malaysia,” katanya.

Setyawan (dua dari kiri) bersama ahli panel yang lain dalam Wacana Sinar Harian ke-122 bertajuk 'Malaysia Dari Kaca Mata Mereka' yang berlangsung pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Setyawan yang kini bertugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah Unisel berkata, peluang di Malaysia lebih banyak kerana disokong infrastruktur yang baik.

“Di mana-mana tempat pun perlukan keseimbangan. Dari situlah perlu ada toleransi dan timbang rasa.

“Bagi saya, Malaysia adalah contoh yang baik kerana ramai orang boleh berjaya asalkan mereka merebut peluang itu dan patuh pada peraturan di sini,” katanya.

Beliau juga berpendapat yang Malaysia boleh menjadi negara khalifah kerana sistem pendidikan bukan saja meliputi akademik, tetapi turut menekankan nilai-nilai murni dan adab memetik Sinar Harian.

Selain Setyawan, wacana ini turut menampilkan pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ibrahim Fahad Sulaiman dan Duta Pelancongan Negeri Terengganu, Mat Dan.

Manakala, Fariha Onn bertindak sebagai moderator.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");