Berita Hari Ini

TH Nafi Jemaah Meninggal Dunia Akibat Terowong Sesak

MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas dalam kejadian terowong sesak akibat hujan lebat seperti yang tular di laman sosial.

Mesej yang tular itu turut mendakwa kononnya TH menahan perjalanan jemaah haji Malaysia berpatah balik, pada mereka yang sudah bergerak untuk melontar jamrah, sebelum hujan lebat melanda Mina.

“Mesej yang tular di media sosial itu adalah tidak benar,” kata TH dalam kenyataan melalui akaun Facebook rasminya, di sini hari ini.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");