Berita Hari Ini

Tiada Gelombang Kedua Ribut Landa Tiga Negeri – MET

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) memaklumkan tiada sebarang amaran gelombang kedua melibatkan kejadian ribut yang melanda tiga negeri di kawasan utara Semenanjung, malam tadi.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata, keadaan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah sudah kembali pulih dengan kemungkinan hanya mengalami keadaan mendung dan hujan biasa pada hari ini.

“Fenomena garis badai kesan tiupan angin susulan taufan Lekima itu dijangka tidak akan kembali.

“Keadaan ribut dan hujan lebat yang melanda Pulau Pinang, Perlis dan Kedah malam tadi, bagaimanapun memberi impak positif dalam mengurangkan keadaan jerebu yang melanda negara sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, MET akan terus memantau dari semasa ke semasa berhubung fenomena itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");