Panasnya Hari Ini

Tidak Ada Salah Bagi Mana-mana Parti Untuk Bertekad Jadi Kuat – Shafie

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Shafie Apdal berkata persefahaman antara parti penting bagi mengekalkan kerajaan yang ada pada hari ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata tidak salah bagi sesebuah parti yang berhasrat untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kerana apa yang lebih penting ialah kerjasama.

“Tidak ada salahnya kalau sebuah parti berada di Sabah berhasrat untuk bercita-cita sebagai parti yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Celcom Home, di sini hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang berhasrat untuk menjadikan parti itu sebagai parti dominan di Sabah.

Hajiji baru-baru ini dilaporkan berkata impian berkenaan adalah berdasarkan platform Bersatu yang sudah mula diterima oleh masyarakat di Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");