Perak Hari Ini

Tulisan Jawi Adalah ‘Seni’ Yang Tidak Mengundang Keburukan Kepada Bangsa Lain

IPOH- Kementerian Pendidikan telah merancang untuk meneruskan pengenalan tulisan Jawi dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Darjah 4 pada tahun depan dimana sejak 2014 lagi pengenalan tulisan khat telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum menerusi pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan.

Namun begitu, perkara tersebut mendapat bantahan dari segelintir pemimpin yang melabel perkara tersebut akan menginstitusikan dan mempolitikkan tulisan Jawi sehinggakan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.

Menurut Jayachandran Saipalan, tulisan Jawi ataupun Khat adalah satu topik sahaja dimana anak-anak boleh mempelajari tulisan tersebut malahan dengan mempelajarinya tidak akan mengundang sebarang keburukan tetapi perkara yang lebih penting adalah perkara tersebut perlulah dimulakan secara asas iaitu bermula sejak dari tahun satu.

“Harapan sebagai seorang ibu dan bapa adalah sebelum perubahan dibuat mestilah adanya persediaan rapi malahan perlu memastikan ibu bapa diberi penjelasan penuh terhadap perubahan sedemikian sama seperti perkara yang berlaku terhadap semua subjek PT3,” katanya.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh Harwin Sidhu, katanya beliau tidak ada sebarang masalah jika anaknya mempelajari tulisan Jawi kerana perkara tersebut dilihat sangat baik tetapi mempersoalkan perlaksanaan yang dilakukakn secara mendadak kerana bahagia tersebut dianggap sukar kerana matapelajaran Bahasa Melayu adalah penting.

Namun begitu, masih ramai ibu bapa menolak perlaksanaan tulisan Jawi kerana menurut mereka dengan adanya tulisan ini ia akan mengganggugugat sensitiviti agama lain yang ada di negara ini.

Menurut Lim Kin Soon, penggunaan tulisan atau bahasa Jawi tidak mengundang masalah jika digunapakai pada wang kertas tetapi apabila perkara tersebut dilaksanakan dalam pendidikan di mana-mana sekolah kecuali sekolah aliran Islam, perkara tersebut dilihat agak sensitig bagi yang bukan muslim.

Beliau turut mempersoalkan kepentingan penggunaan Bahasa Mandarin yang mana penggunaannya di negara ini adalah lebih penting dan meluas ditambah dengan bilangan anak-anak Melayu yang dihantar di sekolah berkenaan.

Firdaus Daud turut mempersoal hujahan tersebut kerana menurut beliau bangsa Melayu rela untuk memperlajari tulisan Mandarin dan lain-lain penulisan malahan dengan mempelajari bahasa Jawi, isu menukar agama tidak akan timbul sama sekali sama.

“Ada kemungkinan bahawa perlaksanaan ini perlu dijalankan bukan pada matapelajaran Bahasa Melayu tetapi subjek khas yang pengkhususannya untuk orang Islam bagi mengelakka salah faham,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");