Berita Hari Ini
Like

Turki Sedia Tawar Peluang Latihan Kerjaya Untuk Belia Malaysia

August 9, 2019
280 Views
0 Comments
2 minutes read
Turki Sedia Tawar Peluang Latihan Kerjaya Untuk Belia Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebuah firma di Turki, Mental HR Consultancy telah melancarkan projek ‘Work4Malaysia’ yang akan membuka peluang latihan dan kerjaya dalam pelbagai sektor kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Pengarah Pengurusan Bakat syarikat itu, Uur Karaboa berkata inisiatif itu dilancar berdasarkan persefahaman dan ilmu pengetahuan antara Malaysia dan Turki di samping berkongsi tenaga kerja berkemahiran yang dimiliki kedua-dua negara Islam yang dihormati tersebut.

Mengambil saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyarankan rakyat Malaysia patut ke Turki untuk bekerja dan menimba pengalaman agar mereka dapat membantu memajukan Malaysia apabila kembali ke tanah air, Karaboa berkata beliau nampak potensi kerjasama melalui latihan dan peluang kerjaya kepada belia Malaysia dan Turki.

“Kami akan memilih calon berdasarkan kelayakan pendidikan mengikut program yang dipohon. Mereka kemudiannya perlu menduduki peperiksaan yang akan menilai keupayaan bahasa dan pengetahuan am. Calon yang berjaya melepasi semua proses tapisan akan ditawarkan tempat di syarikat bersesuaian dan memulakan kerjaya mereka,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata Mental HR akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan juga pihak berkuasa dalam memastikan kejayaan “Work4Malaysia”.

Karaboa berkata sebelum ini terdapat beberapa inisiatif yang dilaksanakan Mental HR seperti program Bahasa, Kebudayaan dan Pertukaran diadakan di Malaysia yang telah beberapa kali berjaya dilaksanakan.

Kemudian, sebahagian peserta diserap untuk menyumbang bakat mereka di beberapa syarikat utama di Turki.

Menegaskan hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Turki boleh ditingkatkan lagi menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang stategik seperti perdagangan dan perniagaan, pelancongan, sains dan teknologi, industri dan pendidikan, katanya: “Kini peluang yang sama terbuka kepada remaja Malaysia yang berbakat yang mahu membina kerjaya mereka di Turki.”

Untuk maklumat lanjut mereka yang berminat boleh melayari www.mentalik.com dan https://work4malaysia.com

Komen & Pendapat

Comments are closed.