Perak Hari Ini

Ushawan Melayu Jangan Harap Kerajaan ‘Tongkat’ Dalam Perniagaan

IPOH- Dewan Perhimpunan Melayu Perak hari ini melancarkan program kepada usahawan Melayu dengan bermatlamatkan untuk memberi pendidikan dari segi pengurusan kewangan.

Presidennya, Datuk Zahar Hashim berkata, melalui pelancaran tersebut, platform ini telah memberikan ruang yang besar kepada para peniaga dalam mambantu mereka untuk mendekatkan diri dalam bidang pemasaran dengan lebih berani dan mudah bersama SST Network.

“Perkara yang dapat kita lihat, kebanyakkan usahawan Melayu gagal dalam menguruskan perniagaan kerana kelemahan pengurusan kewangan sehinggakan mereka hanya mengharapkan bantuan dari kerajaan untuk ‘menongkat’ dan membantu mereka dalam perniagaan.

“Para peniaga sebenarnya mempunyai produk untuk dipasarkan tetapi platform perniagaan atas talian yang sedia ada terlalu besar seperti Lazada, Zalora dan banyak lagi pada masa kini sehinggakan para peniaga kecil ini malu untuk memasarkan produk mereka,” katanya ketiak ditemui pemberita hari ini.

Katanya, melalui program keusahawanan e-commerce, ilmu yang diberikan kepada kira-kira 150 orang usahawan adalah mengenai peggunaan wang dan pegurusan kewangan dalam memberikan panduan untuk menjalankan perniagaan dan mengukuhkan ekonomi.

Dalam pada itu tambah Pengarah Urusan SST Network, Khairul Rizal Zulkafli, pelancaran website Kimon.my sekaligus dapat menyumbangkan kepada penyelesaiann masalah dalam menjalankan urusniaga atas talian disamping menggalakkan bumiputera untuk meraih pendapatan melalui perniagaan secara atas talian.

“Pihak kami akan memberi  panduan kepada para usahawan ini dalam menjalankan perniagaan melalui lama perniagaan Shopee yang mana menjadi laman utama  ataupun pertama bagi kegiatan membeli belah di atas talian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");