Membawang Hari Ini

Wany Hasrita Kekok Dipangggil Hajjah Muda

Baru sahaja pulang mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, Wany Hasrita mendedahkan dirinya agak kekok apabila orang mula memanggilnya dengan gelaran Hajjah muda dan sebolehnya biarlah hanya dengan namanya sahaja.

“Saya segan orang panggil hajjah, tapi takkan saya nak larang. Terpulang pada masing-masing asal bukan dengan panggilan yang tak elok. Cuma, kalau boleh panggil saja Wany. Saya okey saja. Malah ia lebih santai dan selesa untuk saya

“Dua hari selepas pulang dari Makkah saya terus bekerja. Memang tak ada cuti pun sebenarnya. Alhamdulillah, bagi saya ini adalah rezeki. Dalam masa sama, saya dapat juga berkongsi pengalaman mengerjakan haji. Kalau orang tanya, saya akan cerita,” jelasnya kepada Harian Metro.

Kongsi Wany lagi, sejak pulang dari Mekah Jumaat lalu, beliau tidak dapat berehat lama dan terus bekerja. Namun Wany menganggap ianya rezeki selain dapat berkongsi pengalamannya jika ada yang bertanya.

Terdahulu Wany dan rakan artis, Amira Othman telah selamat berangkat Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Memang bertuah Wany dapat menunaikan rukun Islam kelima pada usia muda. (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");