Perak Hari Ini

Warga IPD Ipoh Korban Tujuh Lembu

IPOH: Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, sebanyak tujuh ekor lembu disembelih di perkarangan Balai Polis Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, ia telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan Pejabat Adun Tebing Tinggi.

Ujarnya program yang bermula seawal jam 7 pagi itu disertai sekitar 100 orang warga Ibu Pejabat Polis Daerah (PD) Ipoh yang bergotong-royong menyempurnakan ibadah korban berkenaan.

Katanya lagi, daging korban tersebut kemudiannya diagih-agihkan kepada kesemua warga IPD Ipoh dan sukarelawan yang terlibat.

“Korban hari ini dan dengan jamuan makan yang diberikan kepada media ini kita berharap hubungan baik antara media dan IPD Ipoh akan berterusan.

“Kita juga akan meneruskan aktiviti sebegini supaya ia akan mengeratkan lagi hubungan warga IPD Ipoh itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Ibadah Korban di perkarangan Balai Polis Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Pada majlis sama turut diadakan jamuan makan kenduri yang antara menu yang disajikan ialah nasi minyak, sup tulang, daging bakar, kari daging dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");