Panasnya Hari Ini

Yew Yin Tarik Balik Kenyataan, Mohon Maaf Kepada Tentera

SHAH ALAM – Selepas mendapat kecaman ramai, ahli perniagaan, Koon Yew Yin akhirnya menarik balik kenyataannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan pihak.

Dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini, Yew Yin berkata, beliau juga meminta maaf kepada anggota tentera yang sudah bersara dan sedang berkhidmat.

“Saya menyesal dengan kenyataan itu tetapi bukan niat saya untuk memfitnah atau merendah-rendahkan anggota tentera. Saya juga tidak berniat untuk mencetuskan kekacauan.

“Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sangat berterima kasih terhadap kesetiaan dan dedikasi anggota tentera kita,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Yew Yin berkata, beliau sendiri sewaktu kecil pernah menyaksikan pengorbanan anggota tentera mempertahankan negara ketika Perang Dunia Kedua.

“Amat bodoh apabila saya terlupa semua itu ketika saya menulis artikel berkenaan. Memikirkannya semula sekarang, kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa menyesalnya saya.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Saya juga akan memastikan semua fakta saya tepat sebelum membuat sebarang komen lagi,” katanya.

Semalam, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat pekerja yang tidak diperlukan.

Beliau menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");