Membawang Hari Ini

Zul Dakwa Pekerja Restoran Terbabit Dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Yahya, 46, terkilan dengan sikap segelintir pekerja restorannya yang didakwa menjadikan premis terbabit sebagai tempat untuk mengambil bahan terlarang.

Mendakwa menemui beberapa bukti berkaitan kegiatan jenayah itu, pelakon terbabit sedih mengenangkan nasib golongan muda yang dikatakan mudah terjerumus dalam kancah penagihan.

“Assalamualaikum… Inilah antara masalah yang saya hadapi daripada pekerja di restoran saya.

“Apa yang menyedihkan, mereka dalam kalangan anak-anak remaja luar bandar dan (daripada) keluarga susah, tetapi kerana salah pergaulan serta kurang jati diri, masing-masing tersalah pilih kehidupan.

“Sampai bila anak-anak bangsa kita nak hancur?” tulis Zul di laman Instagramnya, semalam, mengiringi foto yang menunjukkan beberapa barangan yang konon digunakan untuk aktiviti berkenaan, lapor BH Online.

Pelakon drama Kabir Hero Kabir Zero itu juga berkata, isu penyalahgunaan dadah tidak seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat, terutama golongan ibu bapa, yang seharusnya perlu mengawasi dan memantau pergerakan anak mereka.

“Pesanan saya kepada ibu bapa, silalah ambil tahu mengenai pergaulan anak-anak. Periksa apa yang anak-anak simpan dalam kehidupan mereka,” tulisnya lagi.

Perkongsian Zul itu turut menarik perhatian rakan selebriti, Zul Handy Black, yang mendoakan semoga pihak terbabit kembali dapat ke jalan yang benar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");