Berita Hari Ini

5 Penunggang Basikal Lajak Tidak Sempat Beraksi

KLANG: Polis menahan lima remaja yang mahu menunjukkan aksi dengan basikal lajak masing-masing, di Jambatan Raja Muda Nala atau Jambatan Ketiga Klang, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie, berkata semua remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun ditahan anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, pada jam 6.36 petang.

Katanya, penahanan itu dilakukan selepas pemantauan yang dibuat pihaknya berikutan terdapat laporan adanya kumpulan basikal lajak di kawasan terbabit yang membahayakan pengguna jalan raya.

“Ketika ditahan, semua mereka itu sedang berkumpul di tepi jalan berdekatan jambatan.

“Ketika itu, semua remaja itu menunggu giliran menaiki jambatan untuk melakukan aksi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mohd Khairie berkata, selain menahan remaja terbabit, pihaknya juga merampas basikal yang digunakan untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, remaja berkenaan juga disaman mengikut Peraturan 42 (1) (a) LN166/59 dan Peraturan 035 (3) LN166/59.

“Semua remaja itu diberi nasihat dan kaunseling sebelum diserahkan kepada ibu bapa masing-masing,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");