Berita Hari Ini

795 Terima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR: Seramai 795 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Daripada jumlah itu, 42 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Tiga tokoh utama mendahului senarai penerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Mereka ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Zulkifli Zainal Abidin.

Selain darjah PMN, penganugerahan dikurnia kepada 15 penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri”, 30 penerima darjah Panglima Jasa Negara (PJN) dan 9 penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), yang masing-masing membawa gelaran “Datuk”.

Mereka yang dikurnia darjah PSM ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, Hakim Besar Sabah Sarawak Wong Dak Wah @ David Wong, Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Borhan Dolah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Setiausaha kepada perdana menteri Badariah Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana Mohd Reza Mohd Sany dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Balia Yusof Wahi.

Turut menerima PSM ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan MFDM Holdings Sdn Bhd Mahamad Fathil Mahmood, Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) Chuah Hean Teik serta Peguam Negara Qatar Ali Mehsin A R Fetais.

Sementara itu, antara penerima PJN yang membawa gelaran “Datuk” ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan @ Harun, Ketua Pengarah Penjara (Komisioner Jeneral Penjara) Zulkifli Omar, Mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Abd Latif Mohmod, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mohd Azraai Kassim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Taufiq Yap Yun Hin.

Bagi penerima pingat Darjah PSD yang turut membawa gelaran “Datuk”, antara penerimanya ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri Rozainor Ramli, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Engku Hamzah Tuan Mat, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea Mohd Ashri Muda dan bekas Datuk Paduka Maharaja Lela Mej Jen (B) Mamat Ariffin Abdullah.

Penganugerahan darjah kebesaran dan pingat persekutuan itu turut membabitkan pengurniaan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 23 individu termasuk Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Kamarudin Min, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Mohd Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementerian Industri Utama M Ravi dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.

Seramai 35 individu dikurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) termasuklah Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zawanah Muhammad, Pengarah Kastam Melaka Tuang a/l Aleong, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan Abdullah Suhaimin Md Yunus, Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Suhaimi Mat Sari dan Pengarah, Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ahmad Darus.

Penerima tunggal bagi Darjah Johan Setia Diraja (JSD) dikurniakan kepada Komander Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat Kol Romainor Mohamed.

Seramai 146 individu dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) termasuklah Pengurus Kanan Jabatan Kewangan dan Akaun Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Sharifah Zaini Syed Zain dan atlet bina badan Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah.

Tahun ini juga menyaksikan seramai 5 individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD), 189 Bintang Ahli Mangku Negara (AMN), 291 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 48 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).

Istiadat penganugerahan itu adalah pertama selepas Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh gilang gemilang di Istana Negara pada 30 Julai lepas lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");