Berita Hari Ini

Ahli Parlimen Tanjung Piai Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 42 tahun, yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi di Hospital Pontian.

Perkara itu disahkan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Mohd Solihan Badri.

“Beliau yang dimasukkan ke hospital pagi tadi, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya.

Ia turut dimaklumkan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi laman sosial Facebook.


Sementara itu, Berita Harianmelaporkan, berita kematian Allahyarham sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Difahamkan, jenazah Naib Pengerusi Bersatu Tanjung Piai itu masih berada di Hospital Pontian ketika ini. Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian, dan dijangka dikebumikan sebelum Zohor, kata Mohd Solihan. 

Terdahulu, Allahyarham menerusi laman Facebooknya sempat mengemaskini status memaklumkan beliau menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari Pahlawan 2019.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");