Membawang Hari Ini

“Aku Pakai Tudung Sebab Bekas Suami Paksa”

Kembali mencetuskan kontroversi, Zarina Anjoulie mengumumkan beliau tidak lagi memakai tudung. Menurut Zarina penhijrahannya sebelum ini adalah kerana paksaan bekas suami yang mahukannya berhijab dan tidak kisah dengan kecaman orang ramai atas keputusannya itu.

“Kalau tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa. Saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi anak aku makan. Jadi jangan kecam”

Dalam masa sama, Zarina turut memuat naik kenyataan memohon maaf di Instagram kepada mereka yang kecewa dengan keputusan yang dibuatnya itu. Zarina juga sempat berterima kasih kepada peminat yang menegurnya.

“Salam semua, saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki. Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza.

“Saya tahu niat anda baik. Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,,” tulisnya di Instagram selepas membuat pengakuan tidak mahu lagi bertudung.

Terdahulu sebuah video memaparkan Zarina memakai pakaian yang menampakkan hampir keseluruhan buah dada mula tersebar. Ramai mengecam aksinya selain menuduhnya mempermainkan agama. (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");