Panasnya Hari Ini

AMK Tidak Puas Hati Haziq Hanya Diberi Surat Tunjuk Sebab

KLANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan tindakan pucuk hanya memberi surat tunjuk sebab kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz, walaupun Ketua Pemuda PKR Santubong itu mengaku sebagai salah seorang individu dalam klip video semburit.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Hilman Idham berkata, sedangkan empat mufti sudah mengeluarkan kenyataan jika individu itu mengaku, boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat.

“Tapi, kita (PKR) masih beri surat tunjuk sebab dan dikenakan tindakan disiplin,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Tahunan AMK Selangor di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, hari ini.

Dalam pengakuan itu, Haziq Abdullah turut mendakwa individu bersamanya dalam aksi intim itu adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berikutan itu, beliau diberikan tempoh 14 hari untuk menjawab srat tunjuk sebab itu.

Sementara itu, ketika ditemui media, Hilman menafikan beliau bersama beberapa pemimpin kanan akan keluar PKR untuk menyertai parti Gerakan.

Katanya, tidak wujud khabar angin itu, dan tidak ada sebab bagi beliau serta beberapa penama lain dalam barisan tertinggi PKR untuk meninggalkan perjuangan parti berkenaan.

“Ada orang kata, saya orang Timbalan Presiden PKR dan akan bersamanya untuk meninggalkan PKR.

“Saya mahu nyatakan di sini, saya akan terus bersama PKR kerana ia adalah parti pertama dan terakhir saya,” tegasnya.

Pada Julai lalu, sumber mendakwa Mohamed Azmin dijangka keluar daripada PKR dan menyertai parti Gerakan dalam masa terdekat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dikatakan mengambil langkah itu berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video seks songsang yang dikatakan melibatkan Mohamed Azmin.

Sumber berkata, setakat ini pemimpin PKR itu masih berbincang dengan pemimpin Gerakan.

Keadaan itu menyebabkan kepimpinan parti Gerakan dapat membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak serta kedudukan Mohamed Azmin dalam parti berkenaan. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");