Berita Hari Ini

Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam UMNO-Pas

KUALA LUMPUR – UMNO menjemput pimpinan parti kerajaan termasuk Lim Guan Eng menghadiri majlis perasmian Piagam UMNO-Pas.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, surat jemputan akan dibuat tidak lama lagi.

“Kita jemput semua parti termasuk kerajaan termasuk Guan Eng, kita beri kerusi paling empuk sekali,” katanya malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas majlis Jelajah Ceramah Umum sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Darul Ulum, Kedah.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Annuar juga mahu pimpinan parti kerajaan menyaksikan sendiri ta’awun antara UMNO dan Pas.

“Datang saksikan taawun UMNO -Pas ini. Biar dia dengar dan baca sendiri piagam. Jemput pun ya, cabar pun ya. Jika datang sila beritahu, saya hendak sambut,” ujarnya.

Mengenai kempen boikot produk bukan Islam, Annuar menafikan ia dimulakan oleh pembangkang tetapi menyifatkannya sebagai gerakan rakyat.

Menurutnya, kempen itu bukan memboikot produk bukan Islam tetapi lebih kepada menggalakkan orang Islam membeli produk keluaran sesama mereka sahaja.- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");