Berita Hari Ini

Anwar Elak Jawab Soalan Kes Babitkan Setpol

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengelak menjawab soalan wartawan mengenai siasatan kes jenayah melibatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak malam ini.

Anwar dilihat keluar daripada bangunan PKR ketika sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu sedang berlangsung.

Bagaimanapun, Anwar meminta pemberita bertanyakan soalan itu kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang sedang memberikan sidang media.

“Fahmi, Fahmi. Tanya Fahmi,” katanya sambil masuk ke dalam kereta lalu beredar meninggalkan bangunan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan PKR menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes merusuh dengan senjata yang membabitkan Farhash sebagai suspek utama.

Menurutnya, parti tidak membuat sebarang tanggapan sendiri berhubung kes melibatkan pengerusi PKR Perak itu.

“Pihak berkuasa boleh melakukan siasatan sepenuhnya dan kerjasama boleh diberikan.

“Parti tak ada buat tanggapan berkenaan kes tersebut, terpulang kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Fahmi berkata PKR belum lagi membincangkan secara khusus mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap Farhash.

“Tak dibincangkan. Jika ada sebarang dakwaan dibuat di mahkamah, kita akan biar proses itu berjalan.

“Selepas itu, mungkin parti (baru) boleh mengambil pendirian,” katanya lagi.

Farhash disyaki terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

Susulan kejadian yang dikatakan melibatkan antara 12 ke 14 lelaki, seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi, meskipun tiga daripada sahabatnya cuba menghentikan kejadian itu.

Kejadian itu menyebabkan pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan.

Dalam kenyataannya pagi ini, Farhash mendakwa pengadu terlibat dalam kes jenayah melibatkan keluarganya.

Bagaimanapun, petang tadi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan memaklumkan Farhash selaku suspek utama masih gagal dikesan dan diarahkan utk segera tampil bagi membantu siasatan.

Terdahulu hari ini, seorang Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Zakaria Abdul Hamid menggesa lembaga disiplin parti itu tidak bersikap pilih kasih dan mengambil tindakan terhadap Farhash yang merupakan

Menurutnya,”bukan sekali dua” Farhash melanggar undang-undang dan sikap angkuhnya wajar dikekang serta-merta demi menjaga nama baik PKR serta Anwar Ibrahim.

Mengulas kenyataan tersebut, Fahmi meminta Zakaria menyuarakannya dalam mesyuarat MPP yang akan datang.

“Mungkin beliau boleh bangkitkan dalam mesyuarat MPP yang akan datang? Saya rasa beliau tak hadir mesyuarat terakhir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");