Berita Hari Ini

Ayuh Kita Akhiri Krisis Rohingya Sekarang, Kata Dr Mahathir

NEW YORK – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat seruan yang tegas kepada komuniti antarabangsa supaya meletakkan krisis Rohingya tepat pada radarnya dengan tujuan bagi menyelesaikannya sekarang.

Bercakap dalam penampilan pertama sejak tiba di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-74, beliau berkata adalah jelas kerajaan Myanmar tidak bersedia untuk mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis itu.

“Sehubungan itu, terpulanglah kepada kita – masyarakat antarabangsa, untuk melakukan sesuatu mengenai situasi ini,” kata Dr Mahathir pada acara sampingan peringkat tinggi mengenai ‘Krisis Rohingya – Menuju Ke Hadapan’ yang berlangsung di ibu pejabat PBB di sini Selasa, lapor Bernama.

Sebagai permulaan, beliau berkata PBB perlu memainkan peranannya, dengan mengambil kira ia diwujudkan dengan harapan dapat menghalang kesengsaraan perbuatan manusia di masa hadapan.

“Tetapi tindakan membisu (berhubung isu Rohingya) ini adalah memekakkan telinga,” katanya, kepada badan dunia itu yang akan mengadakan perhimpunan tahunan minggu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");