Berita Hari Ini

“Azmin, Mukhriz Pun Boleh Jadi Perdana Menteri”

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta tidak terlalu yakin untuk menjadi pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri .

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, nama-nama lain seperti Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dilihat boleh menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas ini.

“Sesungguhnya saya amat tidak memahami gelagat dan kenyataan Anwar mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

“Hari ini cakap lain dan esok berbeza pula bunyinya. Apa yang Anwar ibrahim cuba buktikan dalam isu pengganti Perdana Menteri?

“Kalau Anwar mahu sangat hendak menjadi Perdana Menteri kelapan, cakap saja terus terang. Janganlah berdolak dalik lagi. Ini depan dan belakang berkata lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Anwar dalam satu temubual bersama Bloomberg sebelum ini berkata akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020 lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");