Berita Hari Ini

Bacaan IPU Di Sandakan Meningkat

SANDAKAN: Keadaan jerebu di daerah ini semakin serius dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan peningkatan kepada 117 iaitu tidak sihat setakat jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara di daerah ini berada pada tahap tidak sihat bermula jam 5 petang semalam iaitu pada bacaan 101.

Tawau pula merekodkan penurunan iaitu kepada IPU 111 pada jam 8 pagi tadi, berbanding 152 pada jam 12 tengah malam tadi.

Setakat jam 8 pagi juga, kualiti udara di kawasan lain di Sabah adalah pada tahap sederhana dengan bacaan IPU di Kota Kinabalu adalah 75, Keningau (83), Kimanis (83) dan Labuan (91) memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");