Berita Hari Ini

Bekas Kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, M Chandran Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan, M Chandran, 77, meninggal dunia pagi ini.

Lagenda bola sepak Malaysia dan Selangor itu, yang memimpin pasukan kebangsaan dalam banyak pertandingan meninggal dunia di rumahnya di Ampang Jaya pada jam 7.30 pagi.

Antara individu paling awal datang berziarah ialah bekas rakan sepasukannya yang diketuai oleh Soh Chin Aun, presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri dan Kebangsaan.

“Kami sedih atas pemergian bekas presiden dan lagenda bola sepak negara, Datuk M Chandran,” kata Chin Aun dalam satu kenyataan

“Beliau mempunyai kualiti kepimpinan yang cemerlang dan dihormati oleh rakan sepasukan serta dunia bola sepak.”

Chin Aun berkata, Chandran merupakan contoh teladan sebagai pemain dan pentadbir. Beliau memimpin dengan teladan, dan seorang yang sangat berdisiplin.

N Thanabalan, timbalan presiden persatuan dan juga lagenda bola sepak berkata, kematian Chandran merupakan kehilangan besar kepada dirinya kerana “beliau lebih merupakan kawan rapat daripada rakan sepasukan”.

“Kami bermain dalam pasukan kebangsaan selama tujuh tahun. Beliau adalah pemain pertahanan yang hebat. Persahabatan kami melampaui padang bola sepak kerana kami juga merupakan rakan keluarga yang rapat. Ia merupakan kehilangan tanpa galang ganti kepada saya dan juga negara,” katanya.

Seorang lagi lagenda bola sepak negara, Santokh Singh berkata, Chandran sentiasa bersedia memberi sokongan moral setiap kali pasukan negara berdepan cabaran getir.

“Beliau menyatukan pasukan dan memimpin kami ke tahap paling tinggi yang pernah dicapai negara setakat ini, iaitu melayakkan diri dan bermain dalam Sukan Olimpik Munich pada 1972.

“Beliau akan sentiada diingati,” kata Santokh yang juga merupakan naib presiden persatuan.

Keluarga dan orang ramai boleh memberi penghormatan akhir mereka di No 7, Jalan 4, Ampang Jaya dari jam 12.30 tengah hari hari ini. Acara pengebumian akan dijalankan di tapak pengebumian Sentul berdekatan Kuil Athi Eeswaran kira-kira jam 5 ptg lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");