Perak Hari Ini

Bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Dinobat Tokoh Maal Hijrah Perak 2019

IPOH: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Datuk Dr Abu Bakar Shaari menerima anugerah Tokoh Ar-Ridzuan, manakala Bekas Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Muhammad Asri Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak 2019,sempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019 peringkat negeri ini, hari ini.

Pemilihan Abu Bakar dan Muhammad Asri, berikutan sumbangan diberikan oleh mereka dalam bidang masing-masing khususnya terhadap perkembangan pembangunan dakwah Islam dan mahkamah syariah di Perak

Kedua-dua tokoh, masing-masing menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, sijil, plak dan hadiah iringan berupa tajaan menunaikan ibadah Umrah bernilai RM7,000.

Sementara itu, Masjid Jamek Pengkalan Hulu telah menerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik dan Tanah Perkuburan Islam Pekan Kecil di Tapah Road, menerima Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik.

Masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan sijil serta plak.

Semua penerima menerima anugerah yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sementara itu, Muhammad Asri yang ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata beliau berharap agar cadangan menambah lapisan mahkamah syariah daripada tiga lapisan kepada lima lapisan akan tercapai pada satu hari nanti.

Katanya ia sebagai usaha bagi meletakkan mahkamah syariah mampu berdiri setanding dengan mahkamah sivil yang lain.

“Sebagaimana telah dibawa ke pihak Majlis Raja-raja Melayu, yang mana mahkamah syariah ini mempunyai lima lapisan iaitu mahkamah rendah, mahkamah tengah, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan mahkamah majlis rayuan.

“Dengan cara itu, semua perkara berkaitan perundangan, penjawatan dan sebagainya dapat diselaraskan supaya umat Islam dapat menikmati banyak perkara yang boleh di bawa ke mahkamah Syariah,” katanya.

Pada masa sama, Abu Bakar pula berharap agar PERKIM akan mampu menambah cawangannya lagi di seluruh Perak yang mana beliau mensasarkan satu parlimen, satu kawasan.

“Saya kini sedang melatih generasi baru untuk menggerakkan PERKIM ini. Kita sedang berusaha ke arah penubuhan pasukan sukarelawan PERKIM dan Belia PERKIM untuk masa hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");