Sukan Hari Ini

Belanda Benam Estonia

TALLINN: Dua jaringan Ryan Babel membantu Belanda menang 4-0 mengatasi Estonia di Tallinn awal pagi tadi seterusnya menguatkan harapan mereka dalam kelayakan Euro 2020.

Menurut BH Online, skuad kendalian Ronald Koeman berkedudukan ketiga Kumpulan C, kurang satu perlawanan dalam tangan namun ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Jerman dan pasukan tangga kedua, Ireland Utara selepas pelawat menang 2-0 pada pertemuan di Belfast.

“Sebelum perlawanan kami sedar jika kami tidak fokus sejak mula ia akan menjadi malam yang sukar,” kata pemain berusia 32 tahun, Babel kepada NOS TV.

“Adalah sesuatu yang hebat menjaringkan dua gol buat pertama kali – saya pemain yang mendapat suntikan menerusi keyakinan.

“Saya bukan lagi pemain muda dalam pasukan, jadi saya cuba mengurangkan masalah dengan kepantasan menerusi pengalaman saya.”

Memphis Depay menjadi bintang pada penampilan ke-50 buat Belanda dengan satu gol dan dua bantuan gol manakala Georginio Wijnaldum menjaringkan gol buat kali kedua dalam empat hari selepas turut meledak ketika menang 4-2 mengatasi Jerman Jumaat lalu di Hamburg.

Belanda, juara Euro 1988 cuba kembali ke persada Eropah selepas gagal melakukannya pada Euro 2016 dan Piala Dunia tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");