Panasnya Hari Ini

Beri Kami Masa, Kami Akan Tunaikan Janji – Waytha

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy meminta rakyat Malaysia memberi masa kepada kerajaan untuk melunaskan janji.

“Beri kami (kerajaan) masa, kami akan tunaikan (janji),” katanya.

Waythamoorthy berkata demikian sebagai mengulas pandangan yang mengatakan bahawa rakyat makin hilang kepercayaan terhadap PH.

Kata Waythamoorthy, pada masa sama, kerajaan sentiasa menghormati hak bersuara dan pandangan yang diberikan rakyat.

“Kami menghormati pandangan. Tapi, kami hanya boleh melunaskan janji langkah demi langkah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Rawang di Selangor hari ini, sebagaimana dilaporkan MalaysiaKini.

Sementara itu, Waythamoorthy juga berkata bahawa kerajaan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM5 juta bagi menyelesaikan isu pembinaan dewan serbaguna dan krematorium yang dihentikan akibat kekurangan dana.

“Kita telah mengenal pasti 10 tempat (dewan dan krematorium) yang mempunyai penduduk masyarakat India yang tinggi dihentikan pembinaan kerana kekurangan dana.

“Kami memohon dengan ICU untuk menghabiskan baki kerjanya di mana Perdana Menteri bersetuju memberikan dana tambahan,” tambahnya.

Katanya, dana berkenaan akan disalurkan secepat mungkin, dan semua projek yang dihentikan akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");