Panasnya Hari Ini

Biar Allah tentukan, Zuraida ulas jangkaan Anwar jadi PM tahun depan

AMPANG: Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyerahkan kepada ketentuan Allah berhubung jangkaan Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri ke-8 pada tahun depan.

“Saya boleh rancang apapun. Jika Allah kata tak boleh, tak boleh. Kita serahkan kepada Allah untuk tentukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis ‘Plogging Trash To Cash’ Zon 18 di Pandan Indah dekat sini.

Rabu lalu, Anwar yang merupakan Presiden PKR berkata beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri tahun depan.

Dalam satu temu bual bersama Bloomberg Televisyen, ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai perdana menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun.

Mengulas isu dalaman parti, Zuraida berkata tetap mahu mengadakan satu “mesyuarat rekonsiliasi” dengan Anwar bagi membincangkan perkara yang disifatkan sensitif dan tidak boleh dilakukan dalam mesyuarat biasa PKR.

Beliau berharap Anwar berjiwa besar untuk bersetuju mengadakan mesyuarat itu.

“Kita tak tentang, cuma nak bincang perkara sensitif tak boleh buat ramai untuk memberi pandangan dan rangka hala tuju ke depan.

“Jika dah jelas hala tuju baru boleh sama-sama gerakkan kerja kita,” katanya.

Mengulas berhubung isu perobohan rumah di Paya Jaras, Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan meminta Exco Perumahan Selangor, Haniza Talha berbincang dengannya.

“Mungkin boleh berhubung dengan saya mengambil senarai nama-nama mereka terlibat dan kita lihat boleh memudahkan mereka untuk mendapatkan rumah-rumah PPR atau rumah Selangorku dan sebagainya.

“Program-program pembiayaan yang melalui bank yang KPKT sedang urus sekarang untuk menyediakan kepada rakyat kemudahan memudahkan mereka dapat pinjaman rumah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");