Berita Hari Ini

Cerun Runtuh Di Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands Sedang Dibaiki – Exco

IPOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan enam projek membaiki cerun runtuh di sepanjang laluan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pertanian dan Peladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari, berkata kerja baik pulih serta mengukuhkan enam cerun terbabit dilaksanakan oleh syarikat konsesi Pintas Utama Sdn Bhd (PUSB) membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM5.4 juta.

“Projek baik pulih itu dijangka siap pada akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil maklum kebimbangan orang ramai berkaitan isu cerun runtuh di beberapa lokasi laluan berkenaan.

Setakat ini, katanya, pihak JKR sudah mengambil langkah keselamatan bagi membendung kejadian tidak diingini, manakala orang ramai diminta berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, terutama pada waktu malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");