Berita Hari Ini

Cuti Umum Hari Keputeraan Agong Wajib Diberi Kepada Pekerja

KUALA LUMPUR: Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin ini adalah antara lima cuti umum yang wajib diberi kepada pekerja.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut perkara itu ditetapkan mengikut Seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tidak boleh digantikan kepada tarikh lain.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya majikan dan pekerja sektor swasta berkaitan cuti am sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu dan hari keputeraan baginda pada Isnin ini.

Kementerian memaklumkan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 30 Julai lalu sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan cuti itu diisytiharkan mengikut Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuti ini adalah cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja swasta mengikut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh menggantikan cuti umum kepada pekerjanya. Dalam hal itu, majikan dikehendaki memberitahu pekerjanya sama ada majikan memilih tarikh 30 Julai lalu sebagai cuti umum atau menggantikan ke tarikh lain dalam tahun ini juga,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, jika tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh itu perlu dibayar kadar gaji cuti umum. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");